Tuesday, March 31, 2009
HAPPY 28th BIRTHDAY!
Wah...da 28 tahun rupanya aku ni...hehehe...actually, semalam birthday aku...30hb Mac... rasanya mcm baru kemarin jak aku celebrate birthday yg ke 18 tahun...kahkahkah...perasan plak!
Sedar x sedar...masa begitu pantas blalu...jika dulu aku single...pastu jadi isteri...tup2 x lama lagi da nak jadi "mommy" plak...:) bdebar2 rasa hati bl mhitung hari...yg pasti, aku da mula bsedia dr segi fizikal dan mental utk mnempuh fasa baru dlm hidup aku...
Mudah2an...dgn pningkatan usia ini akan mematangkan serta mjadikan diri lebih cekal dan kuat dlm mnempuh hari2 yg mdatang...insya-Allah!
Thursday, March 26, 2009
Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..
Oleh : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
* Beliau merupakan penulis jemputan di majalah ANIS. Artikel dipetik daripada majalah ANIS keluaran Disember 2007.
GOODBYE by Heather M. Williams
Beautiful Poem by EE Cummings
i am never without it
(anywhere i go you go, my dear;
and whatever is done by only me is your doing, my darling)
i fear no fate (for you are my fate, my sweet)
i want no world (for beautiful you are my world, my true)
and it's you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you
here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud and
the sky of the sky of a tree called life; which grows higher than the soul can hope
or mind can hide)
and this is the wonder that's keeping tha stars apart
i carry your your heart (i carry it in my heart)
semoga berbahagia...:)
Monday, January 19, 2009
HAPPY NEW YEAR 2009!
Aku rasa x tlewat utk ucapkan Selamat Tahun Baru 2009...(even da 19 ari blalu...) juga Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H....smoga kedatangan tahun hijrah dan masihi ini mbuka lembaran baru yang lebih baik bbanding tahun2 sebelumnya...
maaf ku pinta andai ada antara pengunjung2 blog aku ni mdapati blog ini x 'updated'...hehehe... almaklumlah...bila da cuti skola....blog ni pun cuti jgk le...mmg ada niat d hati nak updatekan blog ni tapi masa x mngizinkan...ampun beribu2 ampun! insya-Allah...kembali ke skola ni bmakna akan kembali aktif jgk le blog aku ni...itupun bgantung jgk dgn keja2 @ tugas2 yg mula menimbun awal tahun ni...bila da jd "org besar" a.k.a. "org penting" ni, kena bsiap sedia la mhadapi timbunan tugas yg menanti...:(
apa2 pun...aku harap korg x jemu2 mngunjungi blog aku ni...andai andai info @ cerita2 tbaru @ tkini...pasti aku akan war-warkan utk smua...
till we meet again...adios!